Wednesday 10 April 2013

HIDUPKAN SEMULA TANAMAN HIDROPONIK



Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
Khatijah Surif dan suami, Ahmad Yahya menunjukkan pokok pegaga yang ditanam secara hidroponik dan hidrokultur di gerainya di Melaka Sentral, Melaka, semalam. – Gambar GAIE UCHEL


MELAKA 4 Nov. - Ketika keadaan ekonomi tidak menentu dan kuasa membeli pengguna yang semakin mengecil, pelbagai cara dilakukan untuk berjimat cermat terutamanya melalui cara bercucuk tanam untuk kegunaan isi rumah.
Saranan kepada rakyat supaya berbudi kepada tanah diterjemahkan menerusi Kempen Bumi Hijau di setiap kampung-kampung di semua daerah di seluruh negara.
Namun seperkara yang sering disebut-sebut ketika kegawatan ekonomi melanda negara kira-kira 10 tahun lalu, iaitu tanaman kaedah hidroponik mungkin wajar dihidupkan semula.
Pemilik syarikat pembekal utama bagi produk hidroponik, Khatijah Surif, 42, berkata, kaedah hidroponik wajar dihidupkan semula dalam konteks untuk berjimat cermat terutamanya untuk kegunaan isi rumah.
"Kaedah hidroponik sebenarnya sangat sesuai diamalkan sekarang kerana kosnya yang semakin rendah berbanding 10 tahun lalu ditambah pula dengan harga barangan yang semakin meningkat.
"Paling penting, kaedah hidroponik lebih cepat, mudah, selamat, bersih dan segar untuk dimakan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya kaedah hidroponik kini juga mendapat sambutan semula di kalangan rakyat setelah menyedari keberkesanannya menghasilkan tanaman sayuran lebih cepat berbanding tanaman menggunakan tanah.
"Berbanding tanaman menggunakan tanah kaedah hidroponik 300 peratus lebih cepat dan mesra pengguna.
"Tidak kira tua atau muda, sakit atau sihat semuanya boleh mengendalikan tanaman menggunakan kaedah hidroponik kerana tidak perlu menggunakan cangkul atau bermandikan peluh untuk mendapatkan hasilnya," katanya.
Tambahnya, kaedah hidroponik bukan sahaja sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran dan herba malah juga pokok berbuah seperti lobak, tembikai dan pisang.
"Tanaman sayuran seperti kangkung cuma mengambil masa tiga minggu sebelum boleh dimakan berbanding ditanam di tanah yang mengambil masa lebih sebulan.
"Bayangkan, betapa mudahnya untuk mendapatkan sayuran yang ditanam dan membesar di hadapan mata di atas meja di rumah sendiri," katanya.
Menceritakan kos permulaan kaedah hidroponik, Khatijah berkata, modal permulaan yang diperlukan untuk kegunaan enam sekeluarga seisi rumah cuma RM40.
"Dengan bayaran itu, mereka sudah boleh memperoleh satu set takungan tanaman hidroponik berserta benih tanaman, contohnya benih sawi yang boleh digunakan untuk 10 kali tuaian.
"Satu set takungan boleh menghasilkan 1,500 gram sawi dalam masa empat minggu dan tanaman boleh dilakukan dengan amalan 3T, iaitu tanam, tinggal dan tuai," katanya.
Tambahnya, walaupun negara semakin bergerak maju, golongan muda perlu memikirkan betapa sektor pertanian rakyat ini berpotensi sebagai industri yang dinamik.
"Budaya bertani dan bermandi peluh tidak menjadi amalan melalui kaedah hidroponik dan ia tidak seharusnya dianggap sebagai satu pekerjaan yang terbelakang.
"Kaedah hidroponik tidak saja sesuai bagi menanam pelbagai jenis sayur-sayuran berdaun, tetapi juga amat memberangsangkan pertumbuhan bagi tanaman sayur-sayuran dari jenis yang berbuah," katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hidroponik.
Buktinya, katanya, melalui penyelidikan yang dilakukan di premisnya di Bazar Mydin 24 Jam Melaka Sentral di sini, hampir kesemua jenis sayur-sayuran berbuah mengeluarkan buah yang lebat dan subur melalui kaedah penanaman hidroponik itu.
"Tanaman seperti petola, tomato, terung, timun, kacang panjang, bendi, dan cili juga didapati serasi serta amat sesuai ditanam secara hidroponik
"Formulasi baja cecair yang saya hasilkan sendiri juga terbukti dapat menyelesaikan masalah jentik-jentik yang hidup dalam takungan dengan membela ikan yang akan memakan jentik-jentik tersebut," katanya.
Tambahnya, dia akan terus melakukan penyelidikan bagi meningkatkan lagi hasil percubaan menanam sayur-sayuran berbuah secara hidroponik supaya teknologi tersebut dapat diperkenalkan secara meluas terutamanya kepada golongan surirumah.
"Ini kerana untuk menanamnya tidaklah sesukar mana sehinggakan kanak-kanak pun boleh melakukan kegiatan menanam menggunakan kaedah 3T itu," katanya.
Justeru, katanya, soal kesibukan tugas seharian tidak boleh dijadikan alasan oleh sesiapapun untuk menjauhi kegiatan berkebun mengikut kaedah moden itu, terutama menanam sayur-sayuran bagi kegunaan sendiri.
"Dengan teknik penanaman hidroponik, pada bila-bila masa, sama ada siang atau malam kita boleh menjalankan kegiatan tersebut mengikut kesesuaian masa masing-masing.
"Seseorang yang ingin menanam sayur- sayuran mengikut kaedah moden ini hanya perlu menyemai benih sayur yang disukainya dalam set hidroponik," katanya.
Tambahnya, selepas 20 hingga 40 hari, mengikut jenis sayur yang ditanam, mereka bolehlah menuai hasilnya untuk dijadikan hidangan sekeluarga dan dengan cara itu semua isi rumah akan mendapat bekalan sayur segar tanpa perlu lagi membelinya dari pasar.
Ini bukan saja menjimatkan perbelanjaan dapur serta menjamin bekalan sayur yang bersih, malah juga memberi kepuasan kepada mereka yang menanam tanaman berkenaan.

Monday 8 April 2013

DIY SET HIDROPONIK - ABY AGRO

DIY Set Hidroponik
* Untuk tempahan, sila isi borang di bawah
Set mengandungi:
.
- Takung Hidroponik 8 Lubang (Saiz 55.5cm x 42cm x 13cm)
- Benang Media
- Bakul Media
- Benih (Sawi dan Kangkung)
- Baja
- Cawan Baja
- Manual Cara Semaian dan Aturcara Untuk Sebatikan Baja
** Anda hanya perlu menyediakan baldi untuk menyimpan larutan baja dan air paip.
RM45. 00* (Tidak termasuk penghantaran)
* Tambahan RM10 untuk penghantaran POS MALAYSIA ke seluruh Semenanjung Malaysia (Jumlah pembayaran RM55)
* Tambahan RM15 untuk penghantaran POS MALAYSIA ke seluruh Sabah dan Sarawak (Jumlah pembayaran RM60)
Penggambungan penghantaran (Combine shipping ) akan dibuat jika melebihi 1 unit. Harga sebenar akan dihantar melalui email mengikut jumlah unit yang ditempah. Lebih banyak kuantiti yang ditempah, harga akan menjadi lebih murah.
Klik di bawah untuk cara pembayaran:
 

CARA PEMBAYARAN- HUBUNGI ABY AGRO

TEKNOLOGI BARU CENDAWAN BUTANG

Budidaya Jamur Merang Teknologi Baru Aneka Media

{jacomment off}19  - 20 Maret 2011
Data MAJI (Masyarakat Agribisnis Jamur Indonesia) menyebutkan, permintaan Jakarta untuk jamur merang tak kurang dari 15 ton per hari. Karawang sebagai sentra baru bisa memasok sekitar 3 ton. Banyak faktor yang mempengaruhi keberhasilan budidaya jamur merang. Di antaranya lokasi, bahan baku media, dan proses sterilisasi.

Bahan baku media berupa jerami padi contohnya, sering menjadi kendala. Padahal sumber media lain juga bisa menjadi alternatif. Misalnya, kompos, ecenggondok, ampas tebu, daun/pelepah/batang pisang kering, batang jagung kering, ampas batang aren, janjang sawit kosong, batang/pelepah sawit, batang kedelai, dan kardus. Trubus mengajak Anda mempelajari bertanam jamur merang dengan media selain jerami padi.
Materi
  • Mengenal jamur merang
  • Tempat tumbuh ideal
  • Macam-macam media tumbuh jamur merang
  • Strerilisasi media
  • Penanaman
  • Proses budidaya
  • Panen
Biaya
  • Member trubus-online.co.id Rp1.200.000/orang
  • Umum Rp1.300.000/orang
(materi pelatihan, snack dan makan siang, transpor kunjungan ke farm)
Keterangan lebih lanjut hubungi:
Suci atau Devi
Telp 021-8729 060, 8770 1748, HP. 0813 1603 4009, Faks. 021-872 9059
E-mail: pelatihan@trubus-online.co.id, Blackberry: Pelatihan Trubus PIN 2159272D
Pembayaran, transfer ke BCA Cab. Samanhudi a.n. Trubus Swadaya No. rekening 4770100009.
Kirimkan bukti transfer Anda ke 021-872 9059

TEKNIK TERBARU: HIDROPONIK TANPA GREENHOUSE & SKALA RUMAHAN

Wednesday, 02 January 2013 15:27 Pelatihan - Pelatihan
Siapa bilang berhidroponik harus di dalam greenhouse. Anda tetap dapat membudidayakan sayuran eksklusif dengan teknologi hidroponik dan tanpa greenhouse. Dengan demikian biaya investasi untuk membangun rumah tanam itu pun terpangkas. Kunci sukses budidaya tanpa greenhouse adalah pemilihan komoditas, meramu nutrisi, dan desain sarana.

Materi
● Potensi pasar sayuran hidroponik
● Pengenalan hidroponik
● Memilih jenis sayuran untuk hidroponik tanpa greenhouse
● Mendesain jaringan hidroponik tanpa greenhouse
● Meramu sendiri pupuk A dan B untuk hidroponik
● Pengenalan gejala serangan hama dan penanggulangannya
● Praktek menanam, membuat sistem irigasi, dan meramu pupuk
Biaya
- Pelanggan Trubus & member trubus-online Rp1.000.000/orang
- Umum Rp1.100.000/orang
Biaya sudah termasuk materi pelatihan, penganan, dan makan siang

Keterangan lebih lanjut hubungi: Suci atau Devi
Telp 021-8729 060, 8770 1748, HP. 0813 1603 4009, Faks. 021-872 9059
E-mail: pelatihan@trubus-online.co.id, Blackberry: Pelatihan Trubus PIN 2898B5DC.
embayaran, transfer ke BCA Cab. Samanhudi a.n. Trubus Swadaya No. rekening 4770100009. Kirimkan bukti transfer Anda ke 021-872

HIDROPONIK TAKUNG


APAKAH HIDROPONIK? 

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayursayuran yang tidak menggunakan tanah.KELEBIHAN HIDROPONIK Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;  
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.                   
KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

                                                                                                            Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien
Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
           i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).


                                    Rajah 2 : Sistem Takung
               
KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Cara Mengubah:
  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
  • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
Cara Semaian terus
  • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
  • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
  • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
  • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA
BERAT (g)
UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat
75
N 300
Kalium fosfat
40
P 80
Kalium nitrat
32
K 230
Kalsium klorida
55
Ca 200
Magnesium sulfat
18
Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA)
3.29
Fe 5
Boron
0.56
B 1.0
Manganous chloride
0.18
Mn 0.5
Kuprum sulfat
0.04
Cu 0.1
Zingkam sulfat
0.05
Zn 0.1
Ammonium molybate
trace
Mo trace
Baja komersil (Gred)    
Pertanian atau industri
  • Gred teknikal
   


Rajah 3: Kaedah Penanaman Hidroponik Takung
(a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah 1 yang disertakan.
(b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.
(c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
(d) Disyorkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja.
(e) Sila berhubung dengan Jabatan Pertanian di negeri-negeri atau Ibu Pejabat Kuala Lumpur sekiranya terdapat sebarang kemushykilan.
HIDROPONIK SISTEM RACEWAY (STEP BY STEP)

Society telah menjalankan penyelidikan bagi mencari satu sistem hidroponik yang sesuai dengan persekitaran Malaysia kerana kebanyakan sistem hidroponik dimajukan berasaskan persekitaran di England dan Amarika Syarikat. Hidroponik sistem raceway didapati sesuai untuk iklim khatulistiwa.
Sistem ini menggunakan palung sebagai tempat pertumbuhan. Tangki digunakan untuk membekal larutan baja yang di pum menggunakan pum akuarium ke palung. Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung. Air dari tangki dipum kedalam palung sehingga kepada kedalaman 5 inci dan lebihan akan dikembalikan semula kedalam tangki secara graviti.
Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan di dapati pertumbuhan pokok lebih cepat berbanding sistem takung statik. Aliran air menambah bekalan oksijen yang membantu mempercepatkan pertumbuhan pokok. Bagi pengeluaran secara komersial sistem ini adalah disyorkan berbanding dengan sistem takung statik.

Bahagian depan palung bersama dengan tangki baja.Pum eletrik digunakan bagi mengepam air dari tangki melalui pvc paip kebahagia belakang palung.
Bahagian belakang palung kelihatan sambungan paip pvc ke bahagian belakang palung.
Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
Bahagian hadapan palung, kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung
Rakit polistrin yang telah dimasukan anak benih. Benih dicambah dalam kiub sponge
Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.

Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
Sawi berumur 2 minggu.
Sawi berumur 3 minggu.
Kelihatan akar sawi dibahagian dalam air.
Sawi jepun dalam raceway sistem
Sawi berusia 4 minggu.
Sawi yang telah matang.
TANAMAN SAYUR DALAM RUMAH HIJAU
Rumah hijau dapat elakkan serangan serangga.
Salad kerinting dalam rumah hijau yang ditanam secara raceway sistem.
Salad kerinting dalam palung yang ditanam secara raceway sistem.
Salad kerinting matang yang ditanam secara raceway sistem
HIDROPONIK TAKUNG KAYU
Salad kerinting dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 2 minggu.Sejumlah 32 pokok ditanam pada kotak bersaiz 2 kaki panjang dan 4 kaki lebar.
Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 2 minggu.
Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 3 minggu.
TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT
(UNTUK HOBI)
Peringkat Percambahan Benih
Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti)  sebagai medium semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis  yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji. 
Gambar
Aktiviti Semaian
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan)  lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.
Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.
Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih.
Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian.
Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)
Peringkat Pebesaran
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kerakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.
Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih beserta medium semaian. Rakit ini  digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.
Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan kedalam tingkap rakit.
Anak benih bersama medium semaian dimasukkan kedalam tetingkap rakit untuk diapungkan kedalam larutan baja.
Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit 
Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.
Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung bagi tujuan pebesaran.
ph meter diguna untuk uji ph larutan
ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan
Rakit yang mengandungi pokok diapongkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas dibahagian dalam takung untuk menahan air.
Rakit yang mengandungi pokok yang  matang pada hari ke 30.