APAKAH HIDROPONIK?
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayursayuran yang tidak menggunakan tanah.KELEBIHAN HIDROPONIK Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
- Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
- Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti
tinggi;
- Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
- Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
- Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
- Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien
![](http://www.geocities.ws/faizolashari/satu.gif)
Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).Rajah 2 : Sistem Takung
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Cara Mengubah:
- Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
- Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
- Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
- Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
- Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
- Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
- Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
- Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
- Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA
|
BERAT (g)
|
UNSUR KEPEKATAN (bsj)
|
Ammonium nitrat |
75
|
N 300
|
Kalium fosfat |
40
|
P 80
|
Kalium nitrat |
32
|
K 230
|
Kalsium klorida |
55
|
Ca 200
|
Magnesium sulfat |
18
|
Mg 36
|
Besi/Ferum (Fe-EDTA) |
3.29
|
Fe 5
|
Boron |
0.56
|
B 1.0
|
Manganous chloride |
0.18
|
Mn 0.5
|
Kuprum sulfat |
0.04
|
Cu 0.1
|
Zingkam sulfat |
0.05
|
Zn 0.1
|
Ammonium molybate |
trace
|
Mo trace
|
Baja komersil (Gred) | ||
Pertanian
atau industri
|
![](http://www.geocities.ws/faizolashari/tiga.gif)
Rajah 3: Kaedah Penanaman Hidroponik Takung
(a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah 1 yang disertakan.
(b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.
(c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
(d) Disyorkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja.
(e) Sila berhubung dengan Jabatan Pertanian di negeri-negeri atau Ibu Pejabat Kuala Lumpur sekiranya terdapat sebarang kemushykilan.
No comments:
Post a Comment