Monday 8 April 2013

TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT
(UNTUK HOBI)
Peringkat Percambahan Benih
Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti)  sebagai medium semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis  yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji. 
Gambar
Aktiviti Semaian
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan)  lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.
Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.
Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih.
Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian.
Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)
Peringkat Pebesaran
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kerakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.
Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih beserta medium semaian. Rakit ini  digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.
Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan kedalam tingkap rakit.
Anak benih bersama medium semaian dimasukkan kedalam tetingkap rakit untuk diapungkan kedalam larutan baja.
Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit 
Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.
Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung bagi tujuan pebesaran.
ph meter diguna untuk uji ph larutan
ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan
Rakit yang mengandungi pokok diapongkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas dibahagian dalam takung untuk menahan air.
Rakit yang mengandungi pokok yang  matang pada hari ke 30.

3 comments:

  1. Replies
    1. Saya ada jual baja KAZZ HIDROPONIK
      https://www.facebook.com/Kazz-Hidroponik-241560725932086/timeline/?ref=hl

      Delete
    2. Saya ada jual baja KAZZ HIDROPONIK
      https://www.facebook.com/Kazz-Hidroponik-241560725932086/timeline/?ref=hl

      Delete